zul tengok ramai sangat yang membebel chat baru fb ni susah sangatlah, tak best lah. zul pun rasa IM baru ni susah coz gua tak tau sape yang online, sape yg tak online. lepas tu IM baru ni just tunjuk senarai orang2 yg kita berborak selalu je. so kalau lu ada 1000++ kawan, memang ini menyusahkan. HAHA. so disini zul nak kongsi tips simple mendapatkan semula IM lama fb lu orang tu hah.
kalau lu guna Google Chrome, memang senang je nak dapatkan IM lama tu semula. lu just perlu klik SINI je. so, kat dalam Script page ni lu just perlu tekan butang "Install" di atas kanan website tu hah.
so bila Install Popup tu muncul, lu just klik 'Install' kat dalam kotak tu. tadaaaaaaaa. dah siap install script tu kat dalam google chrome lu orang tu hah.
sekarang ni script dah installed. so korang kena LogOut dulu facebook lu tu dulu, lepas tu lu LogIn balik. so lu dah boleh nampak dah yang lu dah dapat semula IM facebook yang lama. ada puas hati tak? HAHA. kalau lu tak dapat tengok IM lama, maknanya lu kena bersihkan cache browser lu tu dulu. oh ya, lu boleh remove bila2 script ni masa je kalau tiba2 je lu rasa nak gunakan semula IM yang baru tu. HAHA.
tadi zul bagi tips untuk pengguna Google Chrome, so sekarang ni gua nak taip pasal dapatkan IM facebook lama bagi pengguna2 Mozilla Firefox pula. zul antara pengguna setia Firefox, so zul memang pasti akan gunakan tips ini. HAHA.
Firefox ni agak old school sikit, so korang kena install Grease Monkey dulu untuk menggunakan script untuk dapatkan IM facebook lama di Firefox. so lu boleh install Grease Monkey add-on di SINI. sila install, ok. penting.
lepas lu tekan butang "Add to Firefox" tu, nanti popup akan tanya nak install ke tak. so dah tentu lah kan lu kena tekan "Install".
so lu dah siap install Grease Monkey ni kat dalam Mozilla Firefox lu tu, kan. so lu boleh masuk page Script sama macam pengguna Google Chrome tu di SINI. butang "Install" di bahagian atas kanan website tu. sama je lah cara install macam step2 untuk pengguna Google Chrome tu, ok. zul malas nak terangkan banyak2. HAHA.
lepas dah install benda tu. lu bolehlah LogOut facebook lu tu dan lepas tu LogIn semula. kalau lu tak dapat IM lama, lu kena bersihkan cache browser lu ya. lu pun boleh remove Grease Monkey ni bila2 masa yang lu suka kalau lu nak gunakan semula IM baru di facebook lu tu, ok.
so sampai sini je lah zul punya tutorial. bye :)