Pages

Rabu, 19 Januari 2011

TeKAnaN!!!

SAlam semua...hari ini aku sangat tension..bermacam2 tekanan yg ku rasakan...

first sekali tekanan yang aku nk sgt balik ke johor..sebab apa?? aku rindu ngn mak dan ayah aku... biar ar korang nk kata apa skali pun..aku mmg rindu gila ngn mak dan ayah aku... dah sebulan x melihat wajah mereka... insyaallah jika tiada apa2 halangan yg menimpa aku akan balik pada 27/1/11 dengan menaiki motosikal dari dungun ke kluang...x sabar rasanya nk rasa masakn mak aku...ermm walupun dah lama aku blaja di perantauan tp aku ttp nk makan masakan mak aku... rasa rindu aku kat mak dan ayah aku x terkata..susah untuk dikabarkan..

second pula aku punya laptop ni bengong!! rosak lagi..malas aku nk btulkan...bukan apa nnti nk kena install macam2 tu aku mals uh....ermmm apa yg aku bole buat sabar jew....lau btul2 dah xley guna baru aku format..huhu

third pula aku berdoa sapa2 yg amil NAT motor aku uh terima padah dia...diorang ni mencuri x fikir ke akibat berlaku kat diri diorang dan diri aku...nasib baik aku perasan NAT xdew lau xprasan aku rasa dar arwah aku skarang nie...disebabkan NAT saja bole arwah?? yela diorang amik NAT kat Gantang motor..lau gantang uh tercabut xmmpus aku??

fourth pula aku dah lama hidup single...xdew sapa2 ke nk couple ngn aku?? bosan ar mencari dan menunggu...lau ada pun diorang ni bukan serius...main2 jew...buat ati aku sakit...xpew la..baik aku blaja dulu...nnti2 ada ar jodoh...

fifth pula sampai sini je ar aku berhujah,,, aku nk g mandi... :P

Khamis, 6 Januari 2011

BOLA TAMPAR

Bola tampar merupakan satu sukan Olimpik di mana dua pasukan yang dipisahkan oleh satu jaring tinggi menggunakan tangan atau (jarang) bahagian badan lain untuk memukul atau menampar sebiji bola melangkaui jaring kepada lawan. Setiap pasukan yang mempunyai enam pemain dibenarkan memukul bola tersebut tiga kali berturut-turut. Mata dikira apabila bola jatuh ke dalam gelanggang lawan, lawan melakukan kesalahan atau lawan gagal mengembalikan bola dengan betul.
Bola tampar merupakan satu sukan aktif. Disebabkan banyak serangan memerlukan pemain menyentuh bola di atas jaring, kebolehan melompat ditekankan dalam permainan ini.
Sukan bola tampar di Malaysia bermula sekitar tahun 1920-an di Pulau Pinang. Ia dipopularkan oleh pelajar-pelajar yang baru pulang daripada Universiti Chi-Nan, Shanfhai, sebelum berkembang di Selangor dan negeri-negeri lain

PERATURAN PERTANDINGAN BOLA TAMPAR 
1. AM 
Pertandingan ini dinamakan Kejohanan Bola Tampar Penjara Malaysia 
2. PENGANJUR / PENGELOLA 
Pertandingan ini dianjur oleh Majlis Sukan Penjara Malaysia dan dikelolakan oleh Institusi Penjara yang 
dipilih mengikut ketentuan kalendar sukan MSPM 
3. PENDAFTARAN 
3.1 Pertandingan ini terbuka kepada semua pegawai/anggota/kakitangan yang bertugas di bawah 
Jabatan Penjara Malaysia. 
3.2 Setiap pasukan dibenarkan mendaftar seramai dua belas (12) orang pemain menggunakan 
Borang yang telah disediakan. 
3.3 Pemain yang tidak didaftarkan tidak dibenarkan mengambil bahagian. Sekiranya berlaku 
sedemikian, penyertaan pasukan tersebut dalam pertandingan ini akan dibatalkan secara 
automatik. Semua perlawanan sebelumnya yang disertai oleh pasukan tersebut dianggap tidak 
sah. Jika menang, kemenangan percuma akan diberikan kepada pasukan lawan. 
4. TEMPAT, MASA DAN JADUAL PERTANDINGAN 
4.1 Perlawanan akan diadakan di lokasi yang akan ditentukan kemudian. 
4.2 Perlawanan akan bermula pada __00.00___ dan berakhir pada __01.00__ Setiap 
perlawanan hendaklah mengikut jadual yang telah disediakan oleh Jawatankuasa Penganjur. 
4.3 Pasukan yang akan berlawan hendaklah berada di gelanggang sepuluh (10) minit sebelum 
perlawanan bermula. Kemenangan percuma akan diberikan kepada mana-mana pasukan jika 
pasukan lawannya gagal berada di gelanggang selepas lima (5) minit dari masa sesuatu 
perlawanan sepatutnya dimulakan. 
4.4 Perlawanan akan dijalankan dengan cara enam (6) pemain sepasukan. Setiap pasukan hendaklah 
mempunyai bilangan pemain yang cukup. Jika kurang dari jumlah pemain yang sepatutnya, 
kemenangan percuma akan diberikan kepada pasukan lawan dan pasukan tersebut dikira kalah. 
5. FORMAT PERTANDINGAN 
5.1 Pasukan-pasukan yang bertanding dibahagikan kepada dua (2) Kumpulan A & B dan dijalankan 
secara liga. Kedudukan pasukan dalam sesuatu kumpulan akan ditentukan dengan cara undian 
bagi menentukan kumpulan masing-masing. 
5.2 Pusingan Awal 
 Perlawanan pusingan awal dalam sesuatu kumpulan, akan dijalankan secara liga untuk 
menentukan Johan dan Naib Johan setiap kumpulan (Best of 3 Sets). 
5.2 Pusingan Separuh Akhir dan Akhir 
Johan dan Naib Johan kumpulan A akan bertemu secara menyilang dengan Johan dan Naib 
Johan kumpulan B dalam perlawanan separuh akhir bagi menentukan pasukan mana yang akan 
bertanding dalam perlawanan akhir. Perlawanan separuh akhir dijalankan secara kalah mati (Best 
of 5 Sets). 6. PEMBERIAN MATA DAN PENENTUAN KEMENANGAN 
6.1 Sesuatu set (kecuali set penentuan set ketiga atau set kelima) akan dimenangi oleh pasukan yang 
mendapat 25 mata terdahulu dengan kelebihan minima 2 mata. Jika berlaku seri 24-24, permainan 
diteruskan sehingga kelebihan dua mata diperolehi (26 - 24, 27 - 25 ……) 
6.2 Sekiranya berlakunya seri 1-1 atau 2-2 , set penentuan (set ketiga dan kelima) akan dimainkan 
sehingga mata ke 15 sahaja dengan kelebihan 2 mata tercapai. 
6.3 Undang-undang lain adalah mengikut Undang-undang Persatuan Bola Tampar Amatur Malaysia ( 
MAVA). 
6.4 Keputusan pengadil pertandingan adalah muktamad. Setiap kemenangan akan diberikan 2 mata 
dan kekalahan 0 mata. Jika berlaku lebih dari pasukan mendapat mata yang sama dan layak untuk 
ke pusingan seterusnya maka kaedah di bawah hendaklah digunakan untuk menentukan 
pemenang: 
Kaedah 1 : Nisbah set terbesar  -  Jumlah set menang
                                                    Jumlah set kalah 
Kaedah 2 : Nisbah mata terbesar  -  Jumlah mata set menang
                                                        Jumlah mata set kalah 
Jika masih tiada pemenang , pengundian akan diadakan. 
6.5 Pakaian yang digunakan oleh pasukan bertanding hendaklah mempunyai nombor di sebelah 
belakang dan hadapan. Pakaian tersebut hendaklah dipakai setiap kali bermain sepanjang 
perlawanan. Pertukaran nombor pemain tidak dibenarkan. 
7. PENGADIL PERTANDINGAN 
Jawatankuasa pengelola akan menyediakan pangadil-pengadil yang bertauliah sepanjang pertandingan. 
Segala keputusan pengadil berkaitan undang-undang permainan adalah muktmad. 
8. BANTAHAN 
 Segala bantahan boleh dibuat dengan merujuk kepada Jawatankuasa Bantahan dan Rayuan yang dilantik 
oleh pihak penganjur kejohanan ini.

KEMAHIRAN BOLA TAMPAR

1. HANTARAN
2.HANTARAN MEREJAM
3.MENGADANG





Hantaran bawah tangan (dig atau menyangga)


servis bawah tangan (underhand)

servis atas kepala(overhead)


rejam berdiri

rejam sambil berlari (running spike)

MENGADANG


AHLI KUMPULAN TERDIRI DARIPADA :

1. MOHAMAD ZULKARNAIN BIN RAMLAN :F1029
2.AZEANTIE BT DOLLAH :F1139
3.NUR KHAIRUN ATHIRA BT ZAHARI@AZHAR :F1148

LIHAT!!

Related Posts with Thumbnails