Pages

Khamis, 16 Disember 2010

PENUKARAN KETUA DAN PENOLONG KELAS

Salam semua..ha disini saya ada berita mengenai DIP2-s4 dimana ketua dan penolong kelas yg lama sudah meletakkan jawatan berdasarkan sebab-sebab yang tidak diketahui..ermm apa pun thanx kepada AINUN KAMILA ( PENOLONG ) dan MUHD FIRDAUS BIN SYAHRIN ( PENOLONG ) kerana telah menjadi ketua dan penolong kelas pada semester pertama..

ok pada semester kedua ini MUHD HILMI BIN MUSTAFA ( KETUA ) dan NURHAYATI ( PENOLONG )
telah menjadi ketua dan penolong kelas..hihi.. diorang dilantik oleh PENSYARAH AKADEMIK (PA) kitaorang...diorang ni dipilih berdasarkan pointer peperiksaan sem lepas..pointer yg tinggi akan dapat menjadi ketua dan penolong kelas...

kepada ketua dan penolong sem lepas korang bole lah berehat ok... kepada ketua dan penolong baru korang kena bnyak bersabar dengan kerenah budak2 kelas yg agak hyperactive..haha termasuk aku...dan sabar juga dengan lecture2 yg mgajar kelas kita..

kepada AZNI BIN ZAKARIA ketua kelas bg subjek FUNDAMENTALS OF OPERATING SYSTEM (OS)... pun sama juga tp aku xtao lau ALONG jd lagi ketua kelas OS ataupun HILMI dah amik alih disebbkan pemilihan yg baru..k apa pun thanx kepada KETUA DAN PENOLONG KELAS yg baru sebb korang penyelamat bg aku...fuhhh nasib baik aku xjd ketua kelas..kih3x...

kepada rakan sekelas ku jangan pilih @ recommend kan pada sem2 akan datang...AKUxnk  jd ketua kelas..susah beb!! topup nk kena ada setiap hari... mana ar tao an xde kelas dan tiba2 time uh xdew kedit...duit pun xde... kan susah..xpsal2 ketua juga kena...

aku harap KETUA DAN PENOLONG KELAS dapat jalankan tanggungjawab dengan terbaik..
1 kelas
1 ketua
1 penolong

kepada NUR SYAFAWANI.. anda bernasib baik kerana dapat melarikan diri daripada jadi penolong kelas tp xpe hari lain ada kamu tetap akan kena juga satu hari nanti..kiki GET READY ya NUR SYAFAWANI

Yang benar

mohd zulkarnain

ini adalah cetakan komputer, tandatangan tidak diperlukan

Rabu, 15 Disember 2010

Cara Melupakan Kenangan Terhadap Seseorang

Ada individu bertanya kepada saya, "Bagaimanakah caranya untuk melupakan kenangan manis terhadap seseorang?" Ini pasti satu soalan yang amat menyedihkan. Kadangkala kita suka atau sayang terhadap seseorang itu, tetapi sayangnya individu tersebut sering menyakiti atau mengecewakan hati kita. Saya kurang berminat untuk membicarakan soal hati dan perasaan, tetapi apabila ada orang bertanya, maka saya akan menjawabnya dengan harapan pandangan saya ini mampu mengubati hatinya yang telah terluka.

Kenapa mesti kita melupakan seseorang itu? Bagi sesetengah orang, selagi imej atau kenangan atau ingatan terhadap seseorang yang telah mengecewakan atau menyakiti hati mereka sama ada secara langsung atau pun tidak, akan menyebabkan mereka bersedih. Justeru, seperti duri yang tertanam di dalam daging, duri itu mesti dicabut, ingatan tersebut mesti dibuang jauh-jauh. Dapatkah kita menghilangkan kenangan?

Kenangan tidak dapat dihilangkan, tetapi boleh dilupakan. Ini kerana otak manusia tidak berfungsi seratus peratus seperti cakera keras atau alat-alat penyimpan maklumat. Album gambar boleh dibakar, cakera keras boleh diformat semula menjadi kosong, tetapi ingatan manusia akan dibawa sampai ke mati. Jadi cara yang ada ialah melupakan, mengabaikan dan bukannya menghilangkan.

Seperti duri yang baru dicabut dari daging, rasa sakit atau derita untuk menghilangkan ingatan atau kenangan terhadap seseorang itu pasti ada. Kita mungkin berasa berat hati untuk melupakan seseorang kerana perasaan sayang yang masih ada. Kasih sayang yang terbentuk itu tidak semestinya hubungan cinta, tetapi mungkin juga hubungan persahabatan, hubungan persaudaraan atau hubungan antara ibu atau ayah dengan anak dan sebagainya.

Kenapa kita mesti melupakan kenangan? Ya, kerana kenangan mengandungi isi hati atau perasaan dan kerana itu ia boleh meruntuhkan pertahanan emosi seseorang. Sebab itu, ada seseorang yang tahu atau diseksa oleh kenangan menyebabkan dia menganggap kenangan, cinta atau kesetiaan terhadap perasaan ini sebagai musuh ketat. Hasilnya muncullah individu-individu yang berhati dingin, keras hati dan tidak berperasaan, yang hidupnya cuma memandang matlamat dan kejayaan.

Sibukkan Diri Dengan Aktiviti Berfaedah
Kita boleh melupakan kenangan-kenangan ini dengan menyibukkan diri kita dengan pelbagai aktiviti. Bersedialah untuk berkorban demi kejayaan. Bersedialah untuk melaksanakan tugasan dan tanggungjawab baru. Kesibukan akan menyebabkan kita perlahan-lahan dapat melupakan kenangan lalu.

Elakkan Diri Daripada Bersendirian
Perasaan sayang yang mendalam dan keterlaluan mungkin sukar untuk dibuang dalam masa yang singkat. Untuk itu, elakkan diri kita daripada bersendirian. Carilah orang untuk berbicara, dan suatu masa nanti kita akan menemui nilai-nilai tertentu dalam diri orang-orang yang bertemu dengan kita, dan nilai-nilai ini akan mengubati luka akibat kesan kekecewaan, sakit hati yang telah diperkuatkan oleh kasih sayang kita terhadap orang yang ingin kita lupai.

Elakkan Persoalan Berkaitan Orang Yang Ingin Dilupai
Ada individu, apabila kecewa dengan seseorang, dia akan pergi menjauhkan diri daripada orang ramai, daripada kawan-kawan. Dalam sesetengah kes, ini benar sekiranya tujuan dia untuk mengelakkan daripada dikaitkan dengan soalan-soalan berkaitan dengan orang yang ingin dilupai. Namun, cubalah sedaya upaya minta orang lain menghormati pendirian anda.

Pulangkan Atau Buangkan Segala Barangan Yang Mengandungi Nilai Perasaan
Kadangkala kita melupakan seseorang bukan kerana kita benci lantaran perasaan kecewa kita terhadap seseorang itu, tetapi kerana masih ada nilai perasaan dalam kenangan-kenangan tertentu yang ingin kita lupakan. Nilai-nilai inilah yang menjana perasaan sedih dan murung dalam hidup kita. Sebab itu, ada orang yang mengambil langkah pantas dengan memadamkan semua benda yang boleh mengembalikan ingatan atau kenangan terhadap orang yang ingin dilupai. Cenderamata, hadiah, surat atau foto dibuang atau dibakar. Perasaan berat hati dilawan dan ditentang demi kebahagiaan pada kemudian hari.

Perundingan Terhormat
Salah satu cara lain ialah menerusi perundingan. Namun perundingan ini perlu mempunyai objektif tertentu supaya kita tidak berasa sakit hati. Kita harus memiliki keazaman yang kuat untuk melupakan dia sebelum perundingan dan selepas perundingan dibuat. Perundingan ini mungkin mengubah rasa untuk bercinta kepada perhubungan biasa atau kawan. Dalam keadaan ini, perasaan saling menghormati akan turut membantu menawarkan perasaan kecewa atau sakit hati kita terhadap seseorang.

Bagaimana pula dalam kes cinta bertepuk sebelah tangan. Atau kita ingin berkawan atau mendekati seseorang tetapi ditolak bulat-bulat oleh orang tersebut tanpa perundingan. Setiap kali kita mahu mendekatinya, maka setiap kali itu juga dia cuba mengelakkan diri atau menjauhi diri daripada kita. Ya, ini juga soalan terbaru yang saya terima. Kepada anda yang bertanya, maka saya cadangkan anda mengikut langkah terawal yang saya sebutkan tadi. Perundingan mungkin sukar dilakukan, maka anda tidak mempunyai pilihan lain selain menghormati kehendak si dia dan meneruskan kehidupan baru anda.

Mulakan Kehidupan Lalu - Lupakan Titik Kepiluan Lalu
Bagaimana sekiranya anda rasa ada sesuatu yang perlu anda beritahu kepada dia. Salah faham tertentu, fitnah dan sebagainya? Kadangkala tidak semua keadaan memihak kepada kita. Cara terbaik ialah memulakan kehidupan baru tanpa si dia. Sebarang penganiayaan yang berlaku ke atas diri kita biarlah ditetapkan dengan kasih sayang dan keadilan Tuhan. Tidak semua perkara boleh diselesaikan dengan mudah di dunia ini.

Apa pun teruskan kehidupan baru. Tanam azam dan matlamat. Carilah tujuan asal kehidupan kita. Apabila kita menemui tujuan sebenar kehidupan kita di muka bumi, maka bukan sahaja perasaan sakit hati atau kecewa terhadap orang yang ingin kita lupai akan hilang, malah masalah-masalah berkaitan perasaan yang lain juga mungkin akan sembuh secara semula jadi.

Wujudkan Matlamat Akhirat
Inilah keajaiban yang ada di muka bumi. Semakin kita cuba berusaha memperbaiki diri dan mencari keredhaan Allah, maka semakin luka di dalam jiwa kita akan sembuh. Semakin cerah sinar kebahagiaan dan harapan terhadap diri kita.

Cinta, perasaan dan hubungan sesama manusia mungkin topik yang menarik untuk dibicarakan sehingga dijadikan ilham untuk menulis lirik lagu, novel dan skrip drama kerana ia merupakan perkara lumrah dalam kehidupan manusia. Namun, apabila kita menemui tujuan asal kita wujud di muka bumi ini, maka, perasaan kebahagiaan akan mula melindungi jiwa kita. Tetapkan satu matlamat berupa ganjaran akhirat, maka kita akan kebal daripada sebarang kekecewaan, kekesalan dan dendam dunia.

Menjadi Kekasih Allah
Ini adalah satu langkah yang terbaik untuk mengubati jiwa sebagai seorang hamba. Menerusi langkah ini, kita belajar dan cuba mengenali sifat-sifat Allah. Kita mendekati diri kita kepada Allah. Menghayati kekuasaan dan nikmat yang telah diberikan kepada diri kita. Jangan bersedih, setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya. Kita pasrah dan menyerah diri kepada Allah. Dalam catatan sejarah berkaitan dengan para sahabat, wali dan sufi, terdapat kisah beberapa wali atau kekasih Allah yang sangat-sangat mencintai Allah sehingga tidak ada kasih sayang manusia berupa cinta atau kemewahan atau apa-apa sahaja nikmat dunia yang mampu menandingi perasaan cintanya kepada Allah. Mereka yang mempunyai perasaan cinta sejati kepada Allah ini, hatinya sentiasa tenang dan bahagia. Jika mereka bersedih, maka mereka bersedih kerana dosa mereka terhadap Allah, dan jika mereka menangis, juga kerana Allah, tidur kerana Allah, makan kerana Allah, berbicara kerana Allah, mandi kerana Allah, berjalan kerana Allah dan segala-galanya kerana Allah. Manusia seperti ini mengabaikan kemewahan dan kegemilangan dunia demi mencari keredhaan Allah.

Begitulah beberapa cara yang boleh digunakan bagi sesiapa sahaja yang ingin melupakan kenangan atau ingatan terhadap seseorang. Oh, ya. Saya berharap entri ini dapat membantu sesiapa sahaja. Jadi jangan ada yang syok sendiri bahawa entri ini dibuat khusus untuk orang-orang tertentu, ya? Semoga entri ini dapat membantu ramai lagi insan yang terluka kerana kecewa terhadap seseorang yang mereka suka, sayang atau cinta.

Awk Nk tao?? saya sayang awak ketat2

salam semua.. hope koranng semua happy dapy ok...erm aku xtao nk buat mcm mana ag...al-kisah si kambing mengemOOOOOoo....si lembu mengembeKKKKKkkk... ermm aku suka dia..aku sayng dia.. tp aku xbole mmksa dia myukai aku..aku tahu dia masih sayang kekasih lama dia..mybe aku akan tunggu dia dalam sebulan dua lagi jika tiada respond aku akan menundurkan diri dari hidup dia...tp susah nk lupakan dia..aku pun xtao apa istimenya dia..mybe dengan sifat dia yg mnja buat aku tertarik dengan dia..xpela aku bg dia masa untuk selesaikan masalah dia dulu..kalau dia baca blog ni aku harap dia faham ok..mggu depan aku balik kluang mybe aku xdapat jumpa dia..sorry ye awak lau xdapat jumpa awak sb sya blik nnti pun bnyak benda nk dibuat..jika ada masa dan kesempatan saya jumpa awak k tp saya xjnji...

lg satu mybe dia blum myukai aku kerna aku baru je kenal dengan dia..tp sejujurnya aku cakap..lau aku dapat dia...dia la yg terakhir bg aku..walau siapa pun dia aku akan ttp tunggu jua..aku akan jaga dia dengn baik..aku xnk lukakan hati dia..aku xnk tngok dia ngis..aku pun pernah nangis...korang nk cakap aku xmacho sbb nngis?? korang cakap la...walaupun aku ni lelaki tp dalam hati ada taman babe~... aku dah lama keseorangan dan bnyak kali juga aku try tp xdapat..mybe aku jahat... xcomel...xhandsome... ye perempuan cantik untuk laki handsome je..tp lau korang pilih luaran salah ar korang... pilih ar ikut hati... aku akan cuba berusaha tunggu si dia dengan harapan si dia mjadi milikku seumur hidup aku..

jgn myukai saya sbb kasihan dengan saya atau sebb terpaksa... saya akan mencintai awak.. mungkin ada diantara korang cakap.." mula2 nk mmg mcm ni tp bile dah bosan tinggal macam tu je " aku xkan tinggalkan seseorang itu tanpa sebb ar... sbar2 aku ada had dia juga..

KONGKONG?? ye aku kuat mengongkong tp aku kongkong untuk kebaikan.. bukannya kongkong sbb cemburu..xdew masa ar wei..lau ko jeles sekali pun xbg awek/pakwe korang contact atau rapat ngan laki/perempuan lain belum tntu lagi korang nmpak apa yg diaorang buat blakang kau..aku cakap ni sbb aku pernh terkena...lagipun sapa aku nk kongkong dia...lain ar dia tu isteri aku.. wajib ar dia dengar cakap aku..kalau xdengar nusyuz ar jawabnya...

aku xtao nk post apa ag..nnti2 ar lau aku ada idea aku post ar k.. ermm
bye honey~
salam

Selasa, 14 Disember 2010

TING TOng KEpala Gila...tidak TAo nk cREate apA

SALAM.... selamat pagi semua...dah mkan?? haha blum? g makan dulu baru baca blog saya ok..haha... ok arinie title aku pun xtao nk create apa...so aku merepek meraban je ar k..haha...ermmm kat sini aku ada kenal sorang budak yg cantik + manja.. dia ok.. now skarang dia jd membe aku.. nk kata satu kepala x juga sebb kitaorang bukn kembar pun..haha .. kitaorang kira NGAM ar juga... aku bru juga knal dia di laman web sosial FACEBOOK padahal aku dah lama add dia cuma malas nk melayan..haha...dia ni seorang dancers dan aku juga merupakan seorang peminat dancers..mkna x nya aku pun dancers for BREAKDANCE & SHUFFLE.. ermm semalam aku terasa amat bosan lg2 dapat tahu arini kelas aku start kol 3 ptg - 5 ptg..wahh syOoOkkk!!! beb..huhu...ermmm dengan pnuh kebosanan aku pun apa lagi buat ar pnggilan selama mana aku nk guna..haha...aku pun menelefon si dia...haha sbb aku rindu dia lg satu aku suka dengar suara dia yg merdu itu..bile kitaorang borak2 aku pun suruh dia nynyi..haha mcm mana aku bole tergoda dengan kelunakan suara dia itupun aku xtao..haha....borak2 jam mnunjukkan pkul 4..ha??dia terkejut... haha mana tidaknya lama juga kot kitaorang bergayut haha...mcm2 kitaorang borak..hehe..ha korang nmpk gmbar dia uh x? dia la yg aku mksudkan itu tedy YAYA...

U THANX SUDI LAYAN KEPALA GILA I NI PAGI TD tao!! SAYANG KAMU GILA2X muahhhhhhH!!

Isnin, 6 Disember 2010

kepada KAMU yg suka kutuk2 orang...

Kepada awak..sya tau awak dah ada couple so xyah nk kutuk2 saya... aku harap ko happy ar dengan pemuda 1 tempat keje ngn ko...dulu kata xsuka ar apa ar..mcm2 cakap pasal dia..kata awek budak laki uh marah last2 couple juga..haha lawak ar ko ni..citer mmg gebang.. lain kali jgn cakap orang lain.. ukur baju kat badan sendiri ar..haha ko uh lagi gebang wei... aku dah masak perangai ko... silap ar lau aku nk pilih ko balik...silap2 aku pasni dpermainkan sbb uh aku xnk kat ko blik...tp ingt wei ko jgn kutuk budak2 lain.... cermin diri dulu...dan ingat lau aku dapat tau org yg aku sayng jd apa2 dsebbkan ko wei... dah ar buang masa dan current cter pasal ko...huh!! baik aku pujuk si dia lagi bagus...

Cerita Seorang Wanita

saya sayang awak..tapi betul ke saya sayang awak??awak sayang saya ke??kalau sayang, nape awak pegang tangan saya??awak nak tengok rambut saya,nak hug saya,nak saya pakai seksi2..memang la awak xkasi boy lain tengok saya pakai seksi..tp awak xhalal lagi utk saya kan??saya sayang awak ke kalau saya kasi semua tu kat awak??



saya sayang awak..betul..xtipu..tapi sayang ke kalau bila dengan awak, saya lalai??saya lupa kat Dia yang dah cipta saya, yang kasi saya perasaan cinta kat awak..saya lupa solat, saya lupa dosa..saya lupa Tuhan..takut la...



betul awak..saya sayang awak..tapi saya takut..takut sangat nak sayang awak..awak baik, selalu solat awal..tapi nape bila dengan saya awak lupa solat??masa kuar, kita lalu je depan masjid..xpernah stop..tp kt tempat xde orang, kita stop.beratus duit awak habis untuk saya kn??saya hargai sgt..saya tau awk syg saya..tp nape awak xsimpan duit tu dulu..kot2 ada jodoh, boleh kita kawen..awak...saya takut..takut sangat..takut bila ingat pe yang kita dah buat..saya nak awak jadi halal utk saya..tp xboleh la sekarang..mcm mana awk nk tanggung saya..kita blaja lg..saya nak hidup dgn awak..saya nak awak jd imam saya..nak sgt share everything dgn awak..saya nak jadi kekasih halal awak..tapi betul ke cara kita wak??saya takut laaaa...



awak..saya nak hidup dgn awak forever kat heaven..tapi layak ke kita gi heaven kalau kita camni??macam mana kalau tiba2 Dia panggil kita pergi..xkisah la saya dulu, awak dlu atau dua2 skali..boleh ke kita gi heaven kalau Dia panggil kita skarang??kalau la Dia tanya apa yg saya dah buat dgn awk, pe saya nk jawab nanti..saya maluuuuuuuuuuu sgt kat Dia..



awak..lama saya fikir..saya fikir pasal kita..betul saya sayang awak..tapi, sampai bila kita nak camni??awak..saya dah fikir lama...lepas ni, kalau saya xmsj awk,xnk jumpa awk, xnak call awk, xnk vc, mms or wc,awak jgn salah faham tau..saya buat camtu sbb saya syg awk sgt2..awak..saya nak forever kat syurga dgn awak..dulu saya sedih sbb kita jauh..tapi skarang, saya bersyukur sangat..Tuhan sayang kita..kalau dekat, awak boleh agak kn pe kita buat nnti??



saya xtau camne nk gtau awk..saya nak jaga hati awk..tp awak sedar x sebenarnya saya dah kotorkan hati awak..saya suka goda awak dgn manja saya, dengan body saya..saya suka buat awak cair dgn saya..jahatnya saya..awak saya banyak dosa..awak nk ke terima org mcm saya jd wife awak??awak..saya nak bersihkan diri saya sebelum jadi yang halal buat awak..saya nak jadi the best wife..baru la awak xpandang orang lain dah..saya xnk susahkan awak dgn saya yg mcm ni..awak..saya nak jadi bidadari awak..bukan kat dunia je..tp kat heaven gak..saya nak jadi bidadari awak yg forever..





awak..saya tahu saya xbaik....banyak sangt kurang n xlayak nak tegur salah awak..tapi saya sayang awak..pe kita buat, bukan ada org tahu pn...sape lagi nak tegur awak kalau bukan saya??saya pn nak awak jadi suami yg boleh pimpin saya ke syurga..xnak ke??xkn la awak sayang saya utk hepi2 kat dunia ni je..awak xnk ke pilih saya jadi bidadari awak kt syurga nanti??awak..tolong la...saya xnk dah jumpa awak..tp mungkin saya lalai gak nanati..syaitan selalu ada dgn saya..suka je dia kalau saya keluar dgn awk, goda awak..awak..tolong la ingat kan saya gak bila saya lupa.tolong ek..saya lemah sangat..saya nak jadi kuat..kuat utk awak..untuk hidup dgn awak.



saya sayang awak..camne kalau tiba2 Dia panggil kita b4 kita sempat bertaubat..takutnye saya..awak xtakut ke??camne kita nak gi syurga??camne saya nak jadi bidadari awak??saya nak sangat cinta ni kerana Dia..tp dgn apa kita dah buat, layak ke kita letak nama Dia dlm cinta kita??malu sangat kat Dia..awak..saya nak berubah..utk diri saya gak, utk parents saya..tp, kalau saya berubah, awak still terima saya lagi kan??saya nak berubah pn sbb nak jadi the best utk awak..utk babies kita nanti..nak jadi mom yg the best..huhu. tinggi betul cita2 saya..saya pn nak kita jadi pasangan yg educated..nak sama2 berjaya..tp educated yg taat padaNya la..mesti bahagia kan..kita ingat Dia, Dia pun ingat kita,,so, boleh la Dia jaga kita nanti..



awak, kalau la saya pergi dulu,saya nak tunggu awak kt syurga tau..awak doakan la saya bia boleh masok syurga..saya nak jadi bidadari yg tunggu awak..n there, i'll be yours forever...tapi, kalau awak pergi dulu??ye..saya sedih..tp saya pun akan doakan awak..insyaAllah..nanti awak tunggu la saya kt syurga k??mesti ramai bidadari tunggu awak kat sana..tapi, simpan la 1 tempat untuk saya k??saya nak jadi bidadari awak..





awak..maaf kan saya kalau ape yg saya buat n gtau ni mengguris hati awak..saya buat camni sbb saya sayang awak..saya xtau camne nak gtau awak..sebab tu saya taip kt sini..maaf sebab saya post kat sini..bukan nak bukak kburukan sendiri..at least mereka yang baca ni boleh jadikan kisah ni sbgai panduan..ramai kt luar sana kapel n buat macam2..saya takot nak post kat awak..tapi saya harap awak tergerak hati nak baca ni k..awak..dah nak subuh la..kejap lagi mesti Dia panggil saya..ingat tau..SAYA SAYANG AWAK ETERNALLY N INFINITY.. n saya tunggu awak jemput saya sebagai yg halal utk awak nanti k..<3<3<3

LIHAT!!

Related Posts with Thumbnails