Pages

Selasa, 21 September 2010

Data Recovery or backup files

Kepada semua yang rasa sakit hati, marah, kesal serta kecewa kerana files yang korang sayang selama ini hilang boleh di backup..tetapi!!! haaa ada tetapi uh...ingat x semua files yang boleh di backup..hanya ada sesetengah je yang boleh...huhu...

1. Recuva (http://www.recuva.com/)
Recuva adalah tool yang user-friendly berasaskan Windows.
Ketika anda menjalankan Recuva, anda boleh mencari fail yang hilang dengan menu file-recovery wizard atau the application's manual mode.
Gambar-recovery wizard ini kepada jika anda yakin data anda sudah tidak ada tapi anda tidak cukup yakin kemana hilangnya atau cara untuk mendapatkannya kembali.

Wizard boleh digunakan untuk carian, anda taip gambar, muzik, dokumen-dokumen, video, atau semua file, dan anda boleh menetapkan lokasi carian di komputer anda seperti di removable media, My Documents, Recycle Bin, atau lokasi tertentu.
Dapat digunakan untuk sistem operasi Windows.

2. Undelete Plus (http://undelete-plus.com/)
Undelete Plus merupakan perisian yang digunakan untuk komersial.
Tool recovery fail ini bekerja pada semua versi Windows dan inkarnasi dari FAT dan NTFS file sistem.
Seperti Recuva, Undelete Plus memberikan recovery kemungkinan untuk menemukan file-file berdasarkan fail yang rosak.
Anda boleh menyusun fail mengikut jenisnya, menetapkan penapis mengikut masa dan saiz serta dapat menghasilkan struktur folder yang baik bila anda selesai melakukan recovery file.
Dapat digunakan untuk sistem operasi Windows.

3. Testdisk (http://www.cgsecurity.org/wiki/TestDisk)
Testdisk adalah tool yang sangat bagus untuk memulihkan data anda. Tidak hanya dapat melakukan testdisk pemulihan seperti memadam fail secara tidak sengaja daripada FAT, NTFS, ext2 dan fail sistem, tetapi mempunyai fungsi tambahan yang lain.
Dengan testdisk anda boleh merecover boot sektor anda, membina semula boot sektor anda, memperbaiki jadual FAT, memperbaiki MFT anda, menemukan backup ext2/ext3 Superblock, menemukan partition yang hilang dengan banyak format yang boleh membantu anda menemukan data yang hilang.
Dapat digunakan untuk sistem operasi Windows / Mac / Linux.

4. Photorec (http://www.cgsecurity.org/wiki/PhotoRec)
Photorec adalah pelengkap program testdisk. Seperti testdisk, aplikasi ini juga tanpa GUI, tetapi cukup kuat untuk melakukan recovery file.
Ramai pengguna lebih suka Photorec sebagai alternatif yang lebih selamat bila dalam pemulihan cakera tidak diperlukan.
Secara keseluruhan, Photorec merupakan peranti canggih yang cepat dan selamat untuk menyalin fail yang anda kosongkan kepada cakera yang lain.
Dapat digunakan untuk sistem operasi Windows / Mac / Linux.

5. Restoration (http://www.aumha.org/a/recover.php)
Restoration bersaiz kecil, tanpa tool tambahan dan merupakan portable.
Anda boleh menggunakannya di semua versi Windows dan Windows file systems.
Restoration memiliki kemampuan untuk menyusun fail parameter seperti saiz dan nama fail.
Dapat digunakan untuk sistem operasi Windows.

6. GetDataBack (http://www.runtime.org/data-recovery-downloads.htm)
GetDataBack akan recover data anda jika hard drive's partition table, boot record, FAT / MFT atau direktori root hilang atau rosak, data yang telah hilang akibat serangan virus, drive yang diformat, kegagalan sistem crash, file yang hilang kerana kegagalan perisian dan fail yang dihapuskan secara tidak sengaja.
Dapat digunakan untuk sistem operasi Windows.


p/s penaja : So kepada rakan2 DIP S1-S4 yang nk recover data uh boleh ar download disini k

Tiada ulasan:

LIHAT!!

Related Posts with Thumbnails