Pages

Rabu, 22 September 2010

Noh Gadut Sifatkan Kematian Sosilawati dan 3 Lelaki Sebagai Mati Syahid

Datuk Noh Gadut bekas Mufti Johor dan penasihat Majlis Agama Islam Johor sifatkan kematian Sosilawati dan 3 lelaki lagi sebagai mati syahid. Mayat mereka dipukul, dibunuh dan dibakar hingga hangus dijumpai di Ladang Gadong. Saya terbaca artikel ni dalam Sinar Harian tadi. Saya pun kurang arif tentang ni, dan amat menarik artikel ni.

Datuk Noh Gadut


Dalam kes bunuh Sosilawati dan 3 lagi lelaki, Datuk Noh Gadut menjelaskan kematian mereka sebagai mati syahid akhirat iaitu seperti orang mati bersalin, mati dibunuh secara kejam, dan mati karam.

Mati syahid akhirat ialah mati kerana memperjuangkan agama, berperang dengan kafir seperti zaman nabi dulu. Alhamdulillah jika semua mangsa mendapat pahala dan ditempatkan bersama-sama orang-orang yg mati shahid.
Saya teringat ustaz kat sekolah dulu, ada sebut, kalau seseorang tu keluar mencari rezeki untuk keluarga dan dia mati semasa mencari rezeki, tu pun dikira mati syahid.

Rasullullah pernah bersabda orang yang mati syahid tu tidak merasa sakit melainkan seperti dicubit.
(HR Tirmizi dan Nasa i')

Datuk Noh Gadut menghadiri majlis tahlil di rumah Datuk Sosilawati dan di kesempatan tu dia menemui bekas suami Sosilawati, Buhari Mohamad dan anak-anak Sosilawati. Kelihatan Datuk Noh Gadut berbual, memberi kata-kata semangat dan penerangan kepada anak-anak Sosilawati.

Kejadian yg menimpa Sosilawati perlu diambil iktibar dan dijadikan teladan kepada ahli korporat lain supaya lebih berhati-hati dan menjaga keselamatan diri dalam urusan perniagaan.

Manakala mufti Pahang pulak, Datuk Abdul Rahman meminta orang awam tidak mengaibkan mangsa dengan cerita-cerita tak baik tetapi memperbanyakkan doa supaya roh mereka dirahmati dan tenteram.

Sumber Sinar Harian

Tiada ulasan:

LIHAT!!

Related Posts with Thumbnails